Lama beno eidak nulis cite ....

0

Posted by yeopkampo | Posted on Wednesday, August 21, 2013

Hari ni cuba naikan mood menulis.... kot2 ada rajin nak menulis ... up gambo satu le...


Gambo saja aje yeop kelabukan .... teknik photography le kononnye ... sebenonye yeop seronok bebeno besembang dengan Pokcik ni... seronok semangat dia tak takut polis dan JPJ bila di periksa ... duit rasuah langsung dia taknak beri malah silap nama dan nombor polis pulak dia ambil membuatkan polis tu pulak yg takut dgn dia.. orgnye kecik bebeno tapi bekas askar tak ada pencen.... tapi dia cite ada amah di hospital tu mengata dia semasa dia menjaga isterinye sakit di hospital.... diserangnye sartu wad ... yg amah dan misi tu gatai2 mulut suka ngata orang mengapa.... hahahaha kena buku dgn ruas baru tau...

Apa yg ku lihat,dengar dan rasa ........

0

Posted by yeopkampo | Posted in | Posted on Wednesday, September 2, 2009


Realiti Dunia Ini


Mulai hari ini aku akan cuba memaparkan apa saje yg aku lihat atau aku dengar atau aku rasa ...... ia sekadar cerita benar yg di olah dari sudut pandangan ku.....

Pergi Takan Kembali

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , , | Posted on Thursday, August 13, 2009

Pergi takan kembali

Lebihkurang jam 10.30 pagi semalam 13 08 09 Ustaz Asri Vokolis Kumpulan Rabbani terjatuh ketika hendak memulai rakaman rancangan TV di RTM dan telah meninggal dunia...lahir tahun 1969 iaitu berumur 40thn meninggal kerana sakit Jantung , Kencing Manis dan Darah Tinggi. Ia mengejutkan kaum kerabat penashid2 Malaysia.

Takziah kepada keluarganya, Al Fatihah kpd nya dan Semoga ALLAH menempatkanya ketempat yg baik disiNya.

PakYeop terkedu 3 perkara tentang kematiannya :-

1. PakYeop baru perasan rupanya setiap kumpulan nasyib ada seorang anggotanya telah mati
diantaranya Hijjaj dan Raihan dan kini Rabbani.
2. Sekali lagi sakit jantung menamatkan riwayat manusia . Ini sebenarnya AMARAN kpd
PakYeop sendiri supaya hentikan makanan berminyak tu....udang,ketam,sotong hentikan.
3. Lagu yg dia dendangkan "Pergi Takkan Kembali" cukup sesuai dgn kematianya dan org lain
dan lagu inilah yg berkemandang di media eletronik sekarang ini.....

Pakyeop cuma ada sekali shoot gambar dia live kat PICC semasa dia menang lagu nasyid bersama Mawi.

sekian PakYeop Kampo.......

Benarkah MLM cepat jadi KAYA ?

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , | Posted on Wednesday, August 12, 2009



Benarkah MLM cepat jadi KAYA ?

Baru2 ni salah seorang keluarga yeop didatangi oleh seorang cikgu yg menceritakan satu produk kulit yg berkesan tapi mahal sikit. Setelah berkempen dia berjaya meyakin keluarga yeop tu untuk pergi ke sebuah hotel baru di Ipoh utk mendengar ceramahnya . Maka kelam kabutlah malam tu keluarga yeop ke hotel tu.... Malam tu keluarlah beberapa pasangan yg telah kaya yg kononnya mendapat pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan . tersenyum semua peserta membayangkan akan jadi kaya seperti mereka. akhirnya dari pada 10 yg cikgu bawa pada malam tu 8 org setuju masuk nak jadi kaya. Bila masuk untk jadi downline kena bayaran RM6,000.00 , Poster, gambar, handout, banting semua kena beli. Senyum memanjang mengingati akan jadi kaya.

Tapi cikgu tu lagi senyum sebab rupa2nya dia dapat RM1,300/seorang jadi kalau 8 org dia dapat malam tu RM10,400 . Dan rupanya setiap minggu malam khamis tu memang malam utk taklimat tu jadi malam tu lah mereka buat duit kerana cari orang lepas bila dah jadi ahli mereka tawar kita pulak cari orang lain......... Cikgu tu barang belum jual banyak tapi dah dapat berpuluh ribu sebab dapat cari downline jadi bila downline cari orang dia dapat duit lagi....... kata cikgu tu minggu depan dan bawak 1 bus ke KL di hotel goldenhos untuk tujuan yg sama ......

ooo....rupanya ini yg dikatakan MLM ........untung cari orang lebih besar untung jual produk.... Harga produk satu RM95 ........agaknya harga sebenar RM 5 dan yg selebihnya RM90 tu adalah keuntungan yg hendak diberi kepada Up Up line .....yg atas2 tu lah.....

adakah ini tipu secara halus atau tipu terperangkap atau tipu untuk kaya atau memang kita ni org melayu selalu diperdaya oleh bangsa lain untuk kaya cepat.

antara Moral dan Hukum

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , | Posted on Monday, June 22, 2009



Kali ini rasa terpangil pula nak cite tentang moral dan hukum. Kekadang bila kita nak mengata orang kita tak perati dgn teliti perkara yg hendak kita kata . cuba kita lihat 2 situasi ni...
1. Seorang bilal tetiba datang 2 tiga ekor anjing duduk dibelakang rumah dia dan kemudian
beranak renik dan kemudian kerana kesian si bilal tadi memberi lebihan makanan kpd anjing
tadi dan akhirnya anjing tu pun duduk le umah bilal tadi.

HUKUMnya .............dari islam tak salah cuma kalau pegang misti samak dan menjaga
kesucianya.

MORALnya ..............dari segi pandangan org ramai tentu merasa hairan mengapa si Bilal
sanggup membela anjing .

inilah yg berlaku sekarang ini antara hukum dan moral yg kita semakin tercabar dari segi pandangan islam dan budaya Islam yg telah bercampur baur dan telah menjadi neutral. satu lagi contohnya baru2 ini kecoh tentang seorang YB DAP sentiasa membaca ayat alQuran ketika ceramah politiknya di Perak.
HUKUMnya...........tidak salah org bukan islam baca ayat alQuran malah digalakan.
MORALnya............hakikat sebenarnya YB tu tak percaya ISLAM ia cuma sebagai satu
startegi politiknya untuk menarik pengundi ISLAM supaya menyokong
dia........

penghakisan moral ataupun budaya islam dikalangan kitalah yg paling kita takuti ....antaranya kalau dulu nasyid hanya nyanyian pujian tanpa alat muzik tapi sekarang dah macam2 rentak ada.......kalau dulu anak nak menyanyi semua org tak suka tapi sejak mawi jadi kaya yg dulunya nak jadi bilal tapi masuk AF boleh jadi jutawan .....semua ibubapa sekarang suka anak2 mereka jadi penyanyi........ini juga salah satu penghakisan budaya islam......

banyak lagi............ nampak gayanya kita tak mampu melawan arus kemodenan......

3 raut wajah

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , , | Posted on Friday, February 27, 2009


Tetiba aje aku terpandangkan 3 raut wajah ..... aku lihat dgn teliti wajah tu ...dan baginilah yg dapat aku tafsirkan "Keadaan masa gambar tu disnap" GAMBAR INI DITANGKAP SELEPAS UPACARA SERAH TUGAS DR M KEPADA PAKLAH.

1. DR MAHATHIR
Wajahnya nampak lega tapi masih bertenaga.
2. PAKLAH
Nampak wajah komfidennya setelah begelar Perdana Menteri Malaysia
3. NAJIB
Wajahnya menunjukkan wajah seorang penolong atau pembantu dimana duduk dibelakang
2 bosnya.

aku tidak meganalisa wajah ini berpandukan ketokohan mereka tapi aku hanya aku nampak dalam saat ini itulah yg aku boleh baca dari wajah mereka ... rupaya kalau kita konfiden ia dapat digambarkan dgn wajah kita . Bagitu juga jika kita masih pangkat lebih rendah ....wajah yg menunjukan kita takut ataupun bukan setaraf juga dapat digambarkan dgn wajah rupanya.

Aku juga merasakan bagitu....jika ketika aku bersama staf2 ku dalm upacara yg mana aku org paling tinggi pangkatnya ...dan layanan istimewanya ....terasa terlalu konfoden rasanya ...berbanding jika aku pula hadir di majlis bersama MB ...terasa jauh kita duduk dibelakang sebab masih ramai yg lebih besar dari kita.......sikap dan peribadi kita secara automatik bertukar menjadi lebih merendah diri.

itulah ..............perasan kita...

Melayu + Cina

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , , , | Posted on Thursday, February 26, 2009


Aku rasa le ....aku dah nampak trend sekarang melayu akan hilang kuasa politik dan sebagainya .....sebab aku lihat melayu ni yg terkenal dgn lemah lembut, pemalas, tidak bjak akan di kalahkan oleh bangsa cina. Tak tau lah tahun berapa tapi aku pasti jika bagininya keadaanya satu hari nanti bila cina yg telah bersatu secara senyap akan bergabung dgn bangsa lain dan juga melayu yg khayal (ditipu tanpa sedar) akan memerintah....disitu aku rasa dia akan meminda perlembagaan sebab dah majoriti jadi melayu yg lain pun turut aje..... masa tu lah tiada lagi bumiputera sebab mereka akan buat semua rakyat malaysia dipanggil "Malaysian" semua sama ..... masa tu juga melayu terpaksa ikut atas dasar keadilan untuk semua........tak percaya tengoklah nanti.....

aku selalu terfikir ....apa sebenarnya bangsa lain nak...

Atas dasar KEPANDAIAN MEREKA ........mereka telah dapat

1. Singapura
2.Pulau Pinang
3.Kekayaan Malaysia .....20 atau ribuan Cina yg terkaya diMalaysia
4.Semua premis di Bandar semua mereka punya
5.Kebun sayur di Cameron Highland, Lombong, Estate, Menara Tinggi
Hotel, Perumahan, Padang Golf, Genting , Kedai, Kilang Roti,Paku
botol sampaikan buat kapal dll semua mereka punya
6.Sekolah,Rumah sakit, bank apa sahaja semuanya mereka dah dapat
7.Rumah, kebebasan berpolitik , mengundi
8.Membawa masuk saudara dari cina ke malaysia ...
9. Kereta,lori,kapal,Kapal terbang besar semua mereka punya

apa lagi yg mereka tak dapat............semua mereka dapat ...



Aku menyeru kepada bangsa Melayu ...dalam berpolitik biar pandai...sebab cina ni selalunya lebih pandai dari kita ...sebab itu dia lebih maju lagi dari bangsa kita ......

aku takut tergadai malaysia ini satu hari...sebab melayu sendiri dah pecah tiga......setiap hari berpolitik tapi terlupa kepada ekonomi sendiri....