Banyaknya harta ......

0

Posted by yeopkampo | Posted on Friday, October 31, 2008

Hari ini jiran pejabat ku datang meminta tolong kepada staf ku untuk membuat surat perjanjian sewa kedai beliau. Mulai 1 Nov 08 ini dia telah menjual restorenya dan kedai itu disewanya kepada jiranya ( yg berniaga perabut jati) yg juga jiran aku . Aku dengar semua peralatan dijual dan nama restoren dikekal supaya pelangan lamanya tidak lari. Jiran aku ni memang pandai masak dan masakanya sedap dan aku salah seorang pelangannya. Pengurusan baru ni juga bekas tokey gerai makan tapi masakan kampong iaitu makanan tengahari. Restoren ini terkenal masakan panas jadi aku rasa tokey kedai baru mungkin akan bermasaalah kerana beliau baru belajar nak masak makanan panas. Pelangan yg suka masakan tokey lama akan lari termasuklah aku.

Tapi bukan aku nak cerita pasai perubahan tuan punya restoren ni........ cerita aku adalah tentang kayanya jiran aku ni...... Aku tanya apa dia akan buat selepas ini . Dia pun duduk bercerita dengan aku. Yang pertama dia akan tolak tanah seluas 23 ekar dibelakang rumahnya untuk dipajakkan kepada sebuah syarikat herba untuk ditanam dgn serai wangi. Syarikat itu memberi 2 pilihan kepadanya samaada memajak kpd nya dgn harga RM1,200/bulan atau membuat sendiri tanaman serai yg dia akan beli balik dgn pulangan RM5,000/bulan. Atas sebab takutkan resiko dia memilih untuk memajaknya bermakna ia akan dapat sebanyak RM 27,600/bulan duit sewa tanah itu sahaja . Wow sudah cukup kaya tu....goyang kaki aje dapat RM27,600/sebulan. Projek kedua dia, ialah dia ada lagi 7 ekar tanah yg berpaya hendak ditukarkanya kepada kebun kelapa sawit. Sementara Projek Ketiganya ,dia hendak jual ikan di pasar dengan panjang lebarnya dia bercerita bagaimana dia nak berniaga ikan. Yang aku terkejut dia cerita setelah dia buat servey harga ikan kembong di pengkalan Pantai Remis hanya RM 2.50/kg dan boleh dijual di pasar tempat aku sekitar RM9/kg. Wowwww banyak untung sebenarnya penjual ikan dipasar tu ....bila kita tanya deme kata rugi ohhhhhhh ...hahahahaha
Jiran ini bercerita aku percaya sebab dia ni sebenarnya memang dah kaya .... Yang aku tahun sehingga hari ini dia ada lebih kurang 99ekar tanah yg bertanam pelbagai jenis tanaman seperti kelapa sawit, sayuran, jambu dan lain-lain tanaman kontan, Dia ada ternakan lembu sebanyak 800 ekor, Kerbau 2,500 ekor, Kambing 2,000ekor, kolam ikan talipia dan tongsan dan hartanya yang berbentuk bangunan yg aku tahun sebuah kedai disebelah aku dan sebuah kedai dipasar dan dengar cerita banyak lagi. Wowww banyak hartanya ..... tapi bila aku tanya dia mana dia dapat semuanya itu .... dia bercerita bahawa bapanya bekas ketua kampong , jadi baru-baru ini PR memerintah di negeri ku jadi ia telah tidak dipilih menjadi ketua kampong. Jadi semasa jadi ketua kampong dia mendapat semua tanah yg dipohonnya kerana dia orang kanan seorang exco kerajaan negeri , semua peruntukan lembu,kambing , kerbau pawah dia dapat, bagitu juga benih ikan dan lain-lain.... semuanya percuma ...hahahahaha ... jadi semuanya atas nama dia kerana takut bubuh atas nama bapanya. Tapi disebabkan kerajinan dia semua perkara yang dia dapat dari kerajaan dia usahakan maka kayalah dia......aku kenal benar jiran aku ini memang rajin, pandai dan kedekut sikit...sebab itu lah dia kaya .....

Yang aku terkejut sebenarnya ialah ......dia senang memperolehi tanah, bantuan dan lain-lain dari kerajaan BN dulu.... kesian kad aku ...ape pun aku tak ada harta..... aku ada minta tanah untuk tapak rumah tapi tak dapat...DO bagi kawan2 dia dan ada yg dari negeri lain.... yg aku ni anak negeri panggil temuduga pun tak. akhirnya aku beli sendiri tapak rumah dan buat pinjaman mendirikan rumah sendiri.

Patutlah berlumba-lumba dan bermati-matian org masuk politik ...rupanya ada habuan yang besar menunggu..... itulah kesah hari ini.....

Misti ada jalan rupanya.........yg lebih senang

0

Posted by yeopkampo | Posted on Wednesday, October 29, 2008

Pagi tadi aku nak baiki pintu kereta ku.... dulu aku dah cuba baiki dimana ada komponen plastik yg patah.....aku dulu beli gam 3tan ..kena campur rupanya tapi malangnya tak kuat dan tak melekat.....tak tau le apa sebabnya..... aku pun pening ...akhirnya aku try gam 3secound yg murah tu....eh boleh pulak....jadi aku pun suka hati tapi aku tahu satu hari nanti pasti akan patah juga..... 3 hari baru ini komponen tu patah kembali......aku dah mula pening kepala nak cari gam jenis apa..... pagi tadi aku buka kembali tempat kunci pintu tu....bukanya senang sampai berpeluh2 .... entah macamana aku nampak cam boleh diikat dgn dawai.....aku cuba ...ehhh boleh pulak...ini sudah bagus....jadi aku gunakan dawai le pulak........

Rupanya : kita hanya perlu bersabar dan belajar berfikir.....toksah berfikir terlampau besar sebab kekadang tu benda kecil boleh selesaikan masaalah ..... komponen tu kecik aje tapi dia melekat kad satu komponen besar jadi kalau nak tukar tokey tu nak RM 800 ....hahahahaha save RM800

ini bukan kali pertama ....dulu pemulas cermin tingkat rumah aku banyak yg patah.... bila aku cari gantinya dah tak ada.....aku beli yg jenis lain tapi saiz dan jarak lubang skrew nya dah berubah....... aku ni bukan nya pandai bertukang ....walaupun nampak senang tapi susah sebab bingkai tingkap aku dibuat dari aluminium....kena pakai drill ..... apalagi aku pun tukar le...bukannya senang sebab kena drill lubang dulu tapi bingkai tu masih terlekat ditingkap.....sampai patah mata drill aku.....liat rupanya alumnium ni......berpeluh-peluh .... dapat le tukar 2 tingkap ...tingkap 3 langsung tak masuk mata drill tu terus patah.....aku bukanya rajin sangat jadi aku berhentilah hari tu sebab jam menunjukan jam 9 aku nak gi kerja....
aku naik malas memikirkan susahnya menebuk lubang tu....... tapi heran bila tetiba dapat idea ....
buat apa aku teruk2 tebuk lubang pakai grill....yg senangnya aku cuma ketuk paku buat lubang sikit kemudian baru pulas skrew tu...apa nak susah....hahahahaha aku gelak sendiri ...kalau dulu ada idea cam ni kan senang.......

Kerugian kita

0

Posted by yeopkampo | Posted on Tuesday, October 28, 2008

Aku cukup risau ........
ditempat aku bila sahaja PR dapat memerintah baru lah aku tahu bahawa kemenangan PR ditempat aku bukan disebabkan PR kuat rupanya banyak penyokong BN dari kalangan kaum Cina sokong DAP, India sokong Hindraf dan melayu lari dari UMno rupanya.....
Sebabnya bila menang saja aku tengok rupanya pimpinan PAS ada dua tiga kerat aje...PKR langsung tak ada pimpinan dan kumpulan pun...hanya banyak yg cakap tapi tiada pertubuhan....
Bila time nak memilih ketua kampong kesian aku tengok .......sebab mereka tiada org yg berkaliber......maka terpaksalah mereka sendiri yg jadi ketua kampong yg terdiri pekedai runcit, pencen kerani pejabat pos, pencen buruh pejabat hutan, penjual pasar malam. Org yg berkaliber takut nak jadi ketua kg sebab diwar2kan ketua kampong misti serba boleh dalam islam misti setaraf Tok Imam...... tapi tok imam masjid taknak pula jadi ketua kampong sebab tak tau nak memerintah dan sebok dgn mengajar ngaji ...... ketua kampong yg baru , baru nak pandai pakai baju batik dan baru pandai pakai kasut yg dulunya ashik berseliper.....jalan pun baru tegak.....

Bagi ahli majlis daerah pun bagitu.....PAS dan PKR tiada calon yg berkaliber ....akhirnya calonnya seorang pun tak terpilih kerana calon DAP dan Hindraf ramai yg ada degree ...... akhirnya ditempat aku semua Ahli Majlis Daerahnya terdiri dari Cina dan India..... aku takut melayu islam pula terpinggir.... cuba fikir ....di pekanya semua nya cina ....masa umno pun tak ada melayu yg mampu berniaga besar..... belajar kad sekolah cina juga pandai dari melayu kalah melayu lagi, bertani pun jika dibandingkan dgn melayu, cina juga yg berjaya , nak bagi tanah kad melayu tak diusaha jadi cina juga yg dapat geran, wsemua segi cina...... aku takut sedikit demi sedikit kita terpaksa duduk terperuk kerana kita bertelagah kuasa politik pun hilang......

Ini yg aku risaukan....... aku risau juga jika PR tidak ada strategi yg baik untuk Melayu Islam maka satu masa nanti sudah tentu Malaysia akan diperintah oleh Cina dan India. Aku harap PAS dan PKR Islam hentikan bertelagah , bertolak ansur supaya jika memerintah dimalaysia biar YBnya lebih banyak Islam dari Kafir bagitu juga kabinetnya...... aku takut PAS terus berangan-angan utk jadikan malaysia negara islam tapi masih tunduk kepada PKR yg dah bercampur gaul dgn bangsa lain .

Untuk PKR islam...... jangan sekali2 kamu tertipu dgn kaum lain yg jadikan kamu hanya batu loncatan ...... aku takut negara Islam yg kita impikan tergadai bagitu sahaja......