Banyaknya harta ......

0

Posted by yeopkampo | Posted on Friday, October 31, 2008

Hari ini jiran pejabat ku datang meminta tolong kepada staf ku untuk membuat surat perjanjian sewa kedai beliau. Mulai 1 Nov 08 ini dia telah menjual restorenya dan kedai itu disewanya kepada jiranya ( yg berniaga perabut jati) yg juga jiran aku . Aku dengar semua peralatan dijual dan nama restoren dikekal supaya pelangan lamanya tidak lari. Jiran aku ni memang pandai masak dan masakanya sedap dan aku salah seorang pelangannya. Pengurusan baru ni juga bekas tokey gerai makan tapi masakan kampong iaitu makanan tengahari. Restoren ini terkenal masakan panas jadi aku rasa tokey kedai baru mungkin akan bermasaalah kerana beliau baru belajar nak masak makanan panas. Pelangan yg suka masakan tokey lama akan lari termasuklah aku.

Tapi bukan aku nak cerita pasai perubahan tuan punya restoren ni........ cerita aku adalah tentang kayanya jiran aku ni...... Aku tanya apa dia akan buat selepas ini . Dia pun duduk bercerita dengan aku. Yang pertama dia akan tolak tanah seluas 23 ekar dibelakang rumahnya untuk dipajakkan kepada sebuah syarikat herba untuk ditanam dgn serai wangi. Syarikat itu memberi 2 pilihan kepadanya samaada memajak kpd nya dgn harga RM1,200/bulan atau membuat sendiri tanaman serai yg dia akan beli balik dgn pulangan RM5,000/bulan. Atas sebab takutkan resiko dia memilih untuk memajaknya bermakna ia akan dapat sebanyak RM 27,600/bulan duit sewa tanah itu sahaja . Wow sudah cukup kaya tu....goyang kaki aje dapat RM27,600/sebulan. Projek kedua dia, ialah dia ada lagi 7 ekar tanah yg berpaya hendak ditukarkanya kepada kebun kelapa sawit. Sementara Projek Ketiganya ,dia hendak jual ikan di pasar dengan panjang lebarnya dia bercerita bagaimana dia nak berniaga ikan. Yang aku terkejut dia cerita setelah dia buat servey harga ikan kembong di pengkalan Pantai Remis hanya RM 2.50/kg dan boleh dijual di pasar tempat aku sekitar RM9/kg. Wowwww banyak untung sebenarnya penjual ikan dipasar tu ....bila kita tanya deme kata rugi ohhhhhhh ...hahahahaha
Jiran ini bercerita aku percaya sebab dia ni sebenarnya memang dah kaya .... Yang aku tahun sehingga hari ini dia ada lebih kurang 99ekar tanah yg bertanam pelbagai jenis tanaman seperti kelapa sawit, sayuran, jambu dan lain-lain tanaman kontan, Dia ada ternakan lembu sebanyak 800 ekor, Kerbau 2,500 ekor, Kambing 2,000ekor, kolam ikan talipia dan tongsan dan hartanya yang berbentuk bangunan yg aku tahun sebuah kedai disebelah aku dan sebuah kedai dipasar dan dengar cerita banyak lagi. Wowww banyak hartanya ..... tapi bila aku tanya dia mana dia dapat semuanya itu .... dia bercerita bahawa bapanya bekas ketua kampong , jadi baru-baru ini PR memerintah di negeri ku jadi ia telah tidak dipilih menjadi ketua kampong. Jadi semasa jadi ketua kampong dia mendapat semua tanah yg dipohonnya kerana dia orang kanan seorang exco kerajaan negeri , semua peruntukan lembu,kambing , kerbau pawah dia dapat, bagitu juga benih ikan dan lain-lain.... semuanya percuma ...hahahahaha ... jadi semuanya atas nama dia kerana takut bubuh atas nama bapanya. Tapi disebabkan kerajinan dia semua perkara yang dia dapat dari kerajaan dia usahakan maka kayalah dia......aku kenal benar jiran aku ini memang rajin, pandai dan kedekut sikit...sebab itu lah dia kaya .....

Yang aku terkejut sebenarnya ialah ......dia senang memperolehi tanah, bantuan dan lain-lain dari kerajaan BN dulu.... kesian kad aku ...ape pun aku tak ada harta..... aku ada minta tanah untuk tapak rumah tapi tak dapat...DO bagi kawan2 dia dan ada yg dari negeri lain.... yg aku ni anak negeri panggil temuduga pun tak. akhirnya aku beli sendiri tapak rumah dan buat pinjaman mendirikan rumah sendiri.

Patutlah berlumba-lumba dan bermati-matian org masuk politik ...rupanya ada habuan yang besar menunggu..... itulah kesah hari ini.....

Comments (0)