Politik oh politik...

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , , , , , | Posted on Thursday, December 4, 2008

Terpangil aku untuk bercakap sedikit tentang politik.....

aku heran ……. tidakkah penyokong UMNO merasakan sekarang umno telah sakit ….. bermulanya anuar dipecat, ….. terpaksa undurnya mahdet,….. naiknya dolah , …kemudiah mahdet hentam dolah …….kemudian pilihanraya …akhirnya 5 negeri terlepas ……….

….. terbaru perebutan kuasa ……… Tak sakit ke umno sebenarnya ?

yg aku nampak ditempat aku……tiada sebarang usaha membaiki umno ….yg ade sekarang kempen berebut kuasa …… sebenarnya apa yg akar umbi buat untuk rakyat ….atau akar umbi cuma buat kerjanya menyokong pemimpin dlm parti aje….

tak tau ke akar umbi…..semakin hari cikgu2, org kg2, penjaja kecil, pekebun, Paling Ramai gulungan muda semakin terhakis kepercayaan terhadap umno…. yg kita dengar setiap hari dok kutuq PakLah…….Paklah yg menyebabkan kekalahan……tapi apa najib buat, apa muhudin buat, apa akar umbi buat untuk rakyat…… bukan ke najib,muhudin,mukriz juga umno, bukan ke mahdet juga umno waklaupun dah keluar umno…… apa mereka buat…..yg pasti mereka jadikan paklah kambing hitam supaya mereka boleh naik cepat …….


Yang aku perasan rupanya Ahli UMNO ini sebenarnya tidak mempedulikan Parti dia....yg aku nampak mereka hanya fikirkan kedudukan dia dgn mengcari siapa yg hendak disokongnya supaya dia dapat kepentingan walau pun sekadar T-shirt UMNO.

Tapi mereka langsong lupa tentang PENYOKONG ATAU PENGUNDI mereka.....yg lebih ramai dari mereka .....pada mereka itu semua kerja PM ...kalau kalah sebab PM..... Tidakah mereka sedar .......... penyokong dan pengundi mereka telah mula lari ......realitinya bila aku bersembang kesana kemari.....ramai yg dah sokong PR .....aku merasakan pilihan raya ke 13 akan menyaksikan Najib tak akan terus memerintah...... kita tunggu jawapanya PR13.

Kalau org cite dia sakit ...kita jangan.......

0

Posted by yeopkampo | Posted in , ,

Kalau sesaorang itu datang berjumpa kita dan dia cerita pasal dia sakit......kita jangan pulak terus cerita sakit kita....potong stim kata orang ........... bila kita pon sebok cerita kita sakit ....ia akan memadamkan semangat dia nak ceritakan hal dia.......sebaik-baiknya kita dengar dulu dan respon dulu apa sakitnya dan bertanya maklumat tentang sakitnya...kalau ada petua, cara untuk baikan sakitnya tu cuba cadangkan......... kemudian baru kita cerita sebenarnya kita pun tak sihat le juga....

Kalau isteri kita pula........dia ceritakan dia sakit tu sebenarnya dia nak simpati dari kita....dia nak memanjakan kita...dia nak supaya suaminya ambil berat tentang sakit dia.......

lain pula diriku....aku kalau sakit ...aku akan tahan dulu...kalau boleh biar org tak tau dulu ...kalau dah teruk baru aku mengadu......tapi perangai aku...kalau aku minta tolong aku tak akan mengucapkan berkali-kali.......kalau dia tak mau tolong...ok le...aku buat sendiri le...........jika aku mampu......

Macam-macam

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , , | Posted on Tuesday, December 2, 2008

Aku tertarik berhubung isu tali pinggang tempat duduk belakang. Satu lagi usaha mengurangkan kemalangan. Dari segi usaha mengurangkang kemalangan memanglah baik tapi dari sudut "mereka" .......tapi dari sudut aku ........
1. aku masih tertanya-tanya mengapa perlu buat undang2
2. Bila ada undang2 kita mula terdedah kepada kesalahan yg pasti boleh kena saman = RM ?
3. Purata rakyat malaysia mempunyai lebih dari 3 anak....... mana nak letak anak yg lebih tu... jadi kalau anak ikut juga dalam kereta ia dikira salah dan bila2 masa polis boleh saman dan setiap kali ada roadblock kira dah dikira salah dan polis dgn bangganya mempunyai kuasa untuk saman.... mungkin akan meningkatkan lagi rasuah polis.
4. Naik bas ....hampir setiap hari ada kemalangan Bas...pun tak selamat juga.
5. Bawa terlebih laju sikit kena saman juga.
6.Silap parking kena saman juga.
7.Terlupa bayar atau terlambat beli kupon parking pun saman juga.

aku mula rasakan negara kita ini terlalu banyak undang2...... seperti mana aku masih tercari2 mengapa umat Islam tidak bersatu dan tak boleh bersatu walaupun ajaranya dari Allah.

Lagu Bella Luna

0

Posted by yeopkampo | Posted on Monday, December 1, 2008

Sakit

0

Posted by yeopkampo | Posted on Thursday, November 27, 2008

Semalaman aku tak dapat tidor.............aku nak termuntah tapi tak mahu keluar......ditambah dgn pinggang ku yg sakit sejak 2 minggu yg lalu menyebabkan aku rasa terut sakit ku. Tak boleh sedawa , tak mahu kentut dan perut terik dgn angin didalam perutku......aku tak boleh tidor...bila tidor aje macam nak termuntah...... itulah rasa sakit ku....di TV aku lihat CNN ada serangan terhadap Hotel Taz dan Oberoi..........Puak MUhajiidin mengaku melakukannya....jam 2.30 pagi berita mengatakan tebusan dihotel Taj dah terlepas......

Bila sakit selalu terfikir nak mati ke kita......yg kedua kalau aku mati tak rela rasanya bini aku kawin lain..... masa aku sakit .....bini aku yg penyayang mengeluarkan macam2 ubat untuk aku, ubat angin, picit kaki, picit belakang...... ketika manaip ni pun aku masih sakit....

Aku heran ...mengapa kaum seugama dgn ku suka mengebom, suka menculik, pada hal ugama yg ditinggalkan Muhammad cukup cantik.....kaum seugama aku juga suka sangat bergaduh...... bila bercakap dgn org kampong ...meraka akan kata ...itu perancangan Amereka le tu.....

entahlah kebenaranya........

ORANG KAMPONG

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , | Posted on Friday, November 7, 2008

Bapa mertuaku baru datang darikampong bersama emak mertua dan dua org anak saudaraku. Jadi tadi kami riuh bersembang tentang banyak perkara. Bapa mertuaku ini memang terkenal dengan rajin bersembang dan banyak cerita. Antara cerita yg menarik ialah tentang nombor ekor.

Ceritanya hampir 50% penduduk kampong nya suka beli no ekor secara sembunyi2. Ramai para isteri tak tau. Paling banyak orang tua . aku sebenarnya cukup heran , pada aku islam lebih diperaktikkan di Kg dari di bandar tapi tekaan aku meleset. Sekarang dibandar2, ditaman perumahan buka seperti dulu, Surau dan Masjid mereka dipenuhi jemaah, pelbagai aktiviti dijalankan.

Aku terkejut di kg rupanya ada yg jauh ketinggalan, taraf ekonomi yg rendah menyebabkan mereka semakin kurang beribadat. Ada kg tu aku lihat suraunya telah lebih 2 tahun tiada org sembahyang pada hal ramai org PAS dan UMNO. tiada aktiviti maulud, sambut awal muharam dll . rupanya judi pun ramai dikalangan org tua yg pakai lebai, skendal sex pun ade ....aku pun naik hairan....

Rupanya kampong pun teruk juga....tapi kalau sembang dan berjumpa nampak cam ok aje... atau lebih teruk dari bandar.

Politik dan Kebenaran ....

0

Posted by yeopkampo | Posted on Wednesday, November 5, 2008

Sambil duduk selepas membantu menyusun kerusi rumah sahabat yg hendak buat kenduri kahwin anaknya ...... aku bersembang dgn kekawan. Kemudian datang 2 orang muda, seorang jurutera yg telah menjadi cikgu dan seorang pegawai bank . Kedua-duanya baru 3thn bekerja selepas keluar U . dalam perbualan tersebut tiba2, cikgu tu menanya aku " mengapa Tuan ........ tak mahu masuk politik" ...rasanya kalau masuk politik dah jauh perginya..... katanya lagi.... aku menghela nafasku... telah banyak kali aku ditanya soalan bagitu ...... aku memegang banyak jawatan tinggi dalam NGO bandar kecil ku.... mungkin sebab itu ramai yg heran mengapa aku tidak mahu memegang jawatan politik . Aku sering membantu ahli politik kerajaan dan pembangkang dan aku seperti lidah bercabang ..... oh tidak.... aku bukan lidah bercabang ... aku hanya membantu... sebab itu kedua2 nya tidak tahu samada aku penyokong pemerintah atau pembangkang..... aku suka bagi idea kpd mereka ..... tapi target aku selalu tak lari iaitu utk Islam dan Melayu. tujuan aku kalau boleh kita bersatu dan cari titik pertemuan supaya kita berjalan seiring dgn matlamat yg sama.

Aku masih belum menjawab mengapa aku tidak mahu memegang jawatan dalam politik? mengapa ye ? ....sebabnya ialah aku tak mampu dan tahan akan kerenah politik.

Politik .......

1. Walau sebenar mana pun kita ....tetapi ....

politik tetap politik ..... baik atau tidak baik sesuatu itu mengikut pandangan belah mana kita sokong.

walau belah mana kita pun ....kalau kita yg dipertanggung jawabkan pasti kita akan berusaha untuk buat sebaik mungkin. ........ sebaik mana kita buat pun jika kita ada musuh....musuh kita itu akan katakan ia tidak baik.... ini giliran mereka ...tapi bila tiba masa kita pula nanti ......musuh kita akan cakap benda yg serupa . ...itulah politik...... sebagai contoh di Selangor ...sebaik mana pun si Kalid buat ...ia tetap tidak betui dimana pehak musuhnya...bagitu juga Belanjawan Najib...walaupun belanjawan tersebut baik bagi mereka tapi musuh politiknya tetap kata tidak baik....... itu lah politik.... ingat dunia ini bulat dan berputar ....

2. Bercakap Benar

Jika kita berpolitik setiap kali kita nak bercakap kita kena bercakap mengikut kehendak yg misti selari dgn fahaman politik kita yg kita sokong.....walaupun tidak benar.

3. Sepak terajang Politik

Sudah pasti jika hari ini kita disokong, dibantu, disanjung ........tapi bila hari kejatuhan kita sudah pasti kita juga akan dipancung, dihina walaupun satu masa dulu ia kawan kita.

4. Sokongan kpd Kewangan

Untuk menaiki ketahap lebih tinggi kita memerlukan sokongan ..... walaupun bukan politik wang umno tapi pasti kita kena kempen ...tapi kalau belanja minum pun kita tak mampu ...tok sah cakap sebagai pemimpin. .....kita perlu wang sebenarnya .....nak melawat org sakit kena bawa buah tangan, kena hulur sikit, bagitu juga kalau ada org mati, kelahiran, masaalah banjir dan lain-lain...paling tidaknya duit minyak kereta.

5. Masa

Kita akan bersalah jika kita tidak ada masa untuk melawat org sakit, hadir mesyuarat, tidak datang kenduri , tak datang perasmian dll . Pada halnya dgn keadaan sekarang pun masa kita dah penuh ...waktu tidor kita pun semakin berkurang, waktu berkeluargapun semakin berkurang ....cuma yg kita dapat adalah kuasa, wang, kawan, penghormatan dan kepuasan.

Jika kita tak mampu berbuat diatas ...... janganlah terjun kedalam politik....... jadilah pemimpin NGO yg sentiasa SUKARELA sahaja.........

itulah yg aku jawab kpd mereka.......

kpd mereka yg muda ...masuk lah politik kerana jika pemimpin politik tidak ada dari kalangan yg propesional maka itulah jadinya sekarang ini..........

VIP2 daerah .................dan pangkat

0

Posted by yeopkampo | Posted on Sunday, November 2, 2008

Kemarin hari sabtu aku pergi kenduri kawin salah seorang kenalan isteri ku dan juga kenalan ku . Disebabkan dia seorang PA kepada DO dan anaknya ADO maka ramailah DO dan ADO serta kakitangan kerajaan datang .... aku datang lambat sebab dah kebiasaan aku datang lambat rumah kenduri kahwin sebab bini aku habis kerja jam 2 petang jadi selalunya bila sampai rumah orang kawin dah dekat 2.30ptg atau 3ptg... selalunya org dah tak ada dan lauk pun tinggal yg terakhir aje...tapi aku tak kesah memang kebiasaan aku..dan aku pernah datng lauk sudah habis...jadi kami hanya bersembang dan kemudian bersalam dgn tuan rumah aje... .........bukan ini yg nak aku ceritakan tapi kesah pangkat .....

Bila aku tiba ditempat kenduri rupanya ramai lagi tapi di meja2 VIP ..... DO baru nak balik... bekas DO, ADo ada yg masih bersembang dan ada yg baru nak berangkat balik. Aku ditempatkan disebuah meja VIP ada sepasang VIP yg sedang makan. Aku dan Isteriku ni bekas kerja kerajaan ...agaknya mereka masih menghormati kami lagi....... ramai yg masih kenal dgn isteri aku...aku memang banyak yg aku tak kenal .... bila duduk aje dimeja tadi tetamu yg makan tadi cukup ramah...macam2 diceritakanya dan dari percakapanya aku tau dia ADO sebuah daerah yg sama dgn kakak pengantin. Macam2 topik kami sembangkan.

Kemudian datang sepasang lagi dan duduk dimeja kami dan dari percakapanya aku tau dia juga ADO kanan didaerah yg sama. kawanya menegor mengapa datang lambat ......dia kata sengaja datang lambat sebab biar org kurang sikit. kami terus bersembang tentah tanah dan keuntungan membuat projek perumahan. Aku sempat berjumpa kenalan2ku semasa lebih 10thn yg lalu ketika sama2 bermesyuarat dan dah banyak yg pencen dan jadi DO dan Yang Dipertua Daerah. Paling aku ingat dgn ado keselamatan dimana kami terpaksa merangkak meredah hutan kerana menyiasat salah satu agama songsang diatas sebuah bukit.

masa balik isteri ku kata " rupanya kita ni bila ada pangkat dgn secara kita tak sedari kita akan meninggikan diri kita" .....hahahahaha aku ketawa...

Pada aku itu adalah salah satu hukum dunia " Bila kita ada Wang atau Pangkat sudah pasti keluakuan kita akan berubah cuma kita aje tak menyedarinya " tak percaya cubalah kita ada wang yg banyak dan ada pangkat yg besor.....

Banyaknya harta ......

0

Posted by yeopkampo | Posted on Friday, October 31, 2008

Hari ini jiran pejabat ku datang meminta tolong kepada staf ku untuk membuat surat perjanjian sewa kedai beliau. Mulai 1 Nov 08 ini dia telah menjual restorenya dan kedai itu disewanya kepada jiranya ( yg berniaga perabut jati) yg juga jiran aku . Aku dengar semua peralatan dijual dan nama restoren dikekal supaya pelangan lamanya tidak lari. Jiran aku ni memang pandai masak dan masakanya sedap dan aku salah seorang pelangannya. Pengurusan baru ni juga bekas tokey gerai makan tapi masakan kampong iaitu makanan tengahari. Restoren ini terkenal masakan panas jadi aku rasa tokey kedai baru mungkin akan bermasaalah kerana beliau baru belajar nak masak makanan panas. Pelangan yg suka masakan tokey lama akan lari termasuklah aku.

Tapi bukan aku nak cerita pasai perubahan tuan punya restoren ni........ cerita aku adalah tentang kayanya jiran aku ni...... Aku tanya apa dia akan buat selepas ini . Dia pun duduk bercerita dengan aku. Yang pertama dia akan tolak tanah seluas 23 ekar dibelakang rumahnya untuk dipajakkan kepada sebuah syarikat herba untuk ditanam dgn serai wangi. Syarikat itu memberi 2 pilihan kepadanya samaada memajak kpd nya dgn harga RM1,200/bulan atau membuat sendiri tanaman serai yg dia akan beli balik dgn pulangan RM5,000/bulan. Atas sebab takutkan resiko dia memilih untuk memajaknya bermakna ia akan dapat sebanyak RM 27,600/bulan duit sewa tanah itu sahaja . Wow sudah cukup kaya tu....goyang kaki aje dapat RM27,600/sebulan. Projek kedua dia, ialah dia ada lagi 7 ekar tanah yg berpaya hendak ditukarkanya kepada kebun kelapa sawit. Sementara Projek Ketiganya ,dia hendak jual ikan di pasar dengan panjang lebarnya dia bercerita bagaimana dia nak berniaga ikan. Yang aku terkejut dia cerita setelah dia buat servey harga ikan kembong di pengkalan Pantai Remis hanya RM 2.50/kg dan boleh dijual di pasar tempat aku sekitar RM9/kg. Wowwww banyak untung sebenarnya penjual ikan dipasar tu ....bila kita tanya deme kata rugi ohhhhhhh ...hahahahaha
Jiran ini bercerita aku percaya sebab dia ni sebenarnya memang dah kaya .... Yang aku tahun sehingga hari ini dia ada lebih kurang 99ekar tanah yg bertanam pelbagai jenis tanaman seperti kelapa sawit, sayuran, jambu dan lain-lain tanaman kontan, Dia ada ternakan lembu sebanyak 800 ekor, Kerbau 2,500 ekor, Kambing 2,000ekor, kolam ikan talipia dan tongsan dan hartanya yang berbentuk bangunan yg aku tahun sebuah kedai disebelah aku dan sebuah kedai dipasar dan dengar cerita banyak lagi. Wowww banyak hartanya ..... tapi bila aku tanya dia mana dia dapat semuanya itu .... dia bercerita bahawa bapanya bekas ketua kampong , jadi baru-baru ini PR memerintah di negeri ku jadi ia telah tidak dipilih menjadi ketua kampong. Jadi semasa jadi ketua kampong dia mendapat semua tanah yg dipohonnya kerana dia orang kanan seorang exco kerajaan negeri , semua peruntukan lembu,kambing , kerbau pawah dia dapat, bagitu juga benih ikan dan lain-lain.... semuanya percuma ...hahahahaha ... jadi semuanya atas nama dia kerana takut bubuh atas nama bapanya. Tapi disebabkan kerajinan dia semua perkara yang dia dapat dari kerajaan dia usahakan maka kayalah dia......aku kenal benar jiran aku ini memang rajin, pandai dan kedekut sikit...sebab itu lah dia kaya .....

Yang aku terkejut sebenarnya ialah ......dia senang memperolehi tanah, bantuan dan lain-lain dari kerajaan BN dulu.... kesian kad aku ...ape pun aku tak ada harta..... aku ada minta tanah untuk tapak rumah tapi tak dapat...DO bagi kawan2 dia dan ada yg dari negeri lain.... yg aku ni anak negeri panggil temuduga pun tak. akhirnya aku beli sendiri tapak rumah dan buat pinjaman mendirikan rumah sendiri.

Patutlah berlumba-lumba dan bermati-matian org masuk politik ...rupanya ada habuan yang besar menunggu..... itulah kesah hari ini.....

Misti ada jalan rupanya.........yg lebih senang

0

Posted by yeopkampo | Posted on Wednesday, October 29, 2008

Pagi tadi aku nak baiki pintu kereta ku.... dulu aku dah cuba baiki dimana ada komponen plastik yg patah.....aku dulu beli gam 3tan ..kena campur rupanya tapi malangnya tak kuat dan tak melekat.....tak tau le apa sebabnya..... aku pun pening ...akhirnya aku try gam 3secound yg murah tu....eh boleh pulak....jadi aku pun suka hati tapi aku tahu satu hari nanti pasti akan patah juga..... 3 hari baru ini komponen tu patah kembali......aku dah mula pening kepala nak cari gam jenis apa..... pagi tadi aku buka kembali tempat kunci pintu tu....bukanya senang sampai berpeluh2 .... entah macamana aku nampak cam boleh diikat dgn dawai.....aku cuba ...ehhh boleh pulak...ini sudah bagus....jadi aku gunakan dawai le pulak........

Rupanya : kita hanya perlu bersabar dan belajar berfikir.....toksah berfikir terlampau besar sebab kekadang tu benda kecil boleh selesaikan masaalah ..... komponen tu kecik aje tapi dia melekat kad satu komponen besar jadi kalau nak tukar tokey tu nak RM 800 ....hahahahaha save RM800

ini bukan kali pertama ....dulu pemulas cermin tingkat rumah aku banyak yg patah.... bila aku cari gantinya dah tak ada.....aku beli yg jenis lain tapi saiz dan jarak lubang skrew nya dah berubah....... aku ni bukan nya pandai bertukang ....walaupun nampak senang tapi susah sebab bingkai tingkap aku dibuat dari aluminium....kena pakai drill ..... apalagi aku pun tukar le...bukannya senang sebab kena drill lubang dulu tapi bingkai tu masih terlekat ditingkap.....sampai patah mata drill aku.....liat rupanya alumnium ni......berpeluh-peluh .... dapat le tukar 2 tingkap ...tingkap 3 langsung tak masuk mata drill tu terus patah.....aku bukanya rajin sangat jadi aku berhentilah hari tu sebab jam menunjukan jam 9 aku nak gi kerja....
aku naik malas memikirkan susahnya menebuk lubang tu....... tapi heran bila tetiba dapat idea ....
buat apa aku teruk2 tebuk lubang pakai grill....yg senangnya aku cuma ketuk paku buat lubang sikit kemudian baru pulas skrew tu...apa nak susah....hahahahaha aku gelak sendiri ...kalau dulu ada idea cam ni kan senang.......

Kerugian kita

0

Posted by yeopkampo | Posted on Tuesday, October 28, 2008

Aku cukup risau ........
ditempat aku bila sahaja PR dapat memerintah baru lah aku tahu bahawa kemenangan PR ditempat aku bukan disebabkan PR kuat rupanya banyak penyokong BN dari kalangan kaum Cina sokong DAP, India sokong Hindraf dan melayu lari dari UMno rupanya.....
Sebabnya bila menang saja aku tengok rupanya pimpinan PAS ada dua tiga kerat aje...PKR langsung tak ada pimpinan dan kumpulan pun...hanya banyak yg cakap tapi tiada pertubuhan....
Bila time nak memilih ketua kampong kesian aku tengok .......sebab mereka tiada org yg berkaliber......maka terpaksalah mereka sendiri yg jadi ketua kampong yg terdiri pekedai runcit, pencen kerani pejabat pos, pencen buruh pejabat hutan, penjual pasar malam. Org yg berkaliber takut nak jadi ketua kg sebab diwar2kan ketua kampong misti serba boleh dalam islam misti setaraf Tok Imam...... tapi tok imam masjid taknak pula jadi ketua kampong sebab tak tau nak memerintah dan sebok dgn mengajar ngaji ...... ketua kampong yg baru , baru nak pandai pakai baju batik dan baru pandai pakai kasut yg dulunya ashik berseliper.....jalan pun baru tegak.....

Bagi ahli majlis daerah pun bagitu.....PAS dan PKR tiada calon yg berkaliber ....akhirnya calonnya seorang pun tak terpilih kerana calon DAP dan Hindraf ramai yg ada degree ...... akhirnya ditempat aku semua Ahli Majlis Daerahnya terdiri dari Cina dan India..... aku takut melayu islam pula terpinggir.... cuba fikir ....di pekanya semua nya cina ....masa umno pun tak ada melayu yg mampu berniaga besar..... belajar kad sekolah cina juga pandai dari melayu kalah melayu lagi, bertani pun jika dibandingkan dgn melayu, cina juga yg berjaya , nak bagi tanah kad melayu tak diusaha jadi cina juga yg dapat geran, wsemua segi cina...... aku takut sedikit demi sedikit kita terpaksa duduk terperuk kerana kita bertelagah kuasa politik pun hilang......

Ini yg aku risaukan....... aku risau juga jika PR tidak ada strategi yg baik untuk Melayu Islam maka satu masa nanti sudah tentu Malaysia akan diperintah oleh Cina dan India. Aku harap PAS dan PKR Islam hentikan bertelagah , bertolak ansur supaya jika memerintah dimalaysia biar YBnya lebih banyak Islam dari Kafir bagitu juga kabinetnya...... aku takut PAS terus berangan-angan utk jadikan malaysia negara islam tapi masih tunduk kepada PKR yg dah bercampur gaul dgn bangsa lain .

Untuk PKR islam...... jangan sekali2 kamu tertipu dgn kaum lain yg jadikan kamu hanya batu loncatan ...... aku takut negara Islam yg kita impikan tergadai bagitu sahaja......