Politik dan Kebenaran ....

0

Posted by yeopkampo | Posted on Wednesday, November 5, 2008

Sambil duduk selepas membantu menyusun kerusi rumah sahabat yg hendak buat kenduri kahwin anaknya ...... aku bersembang dgn kekawan. Kemudian datang 2 orang muda, seorang jurutera yg telah menjadi cikgu dan seorang pegawai bank . Kedua-duanya baru 3thn bekerja selepas keluar U . dalam perbualan tersebut tiba2, cikgu tu menanya aku " mengapa Tuan ........ tak mahu masuk politik" ...rasanya kalau masuk politik dah jauh perginya..... katanya lagi.... aku menghela nafasku... telah banyak kali aku ditanya soalan bagitu ...... aku memegang banyak jawatan tinggi dalam NGO bandar kecil ku.... mungkin sebab itu ramai yg heran mengapa aku tidak mahu memegang jawatan politik . Aku sering membantu ahli politik kerajaan dan pembangkang dan aku seperti lidah bercabang ..... oh tidak.... aku bukan lidah bercabang ... aku hanya membantu... sebab itu kedua2 nya tidak tahu samada aku penyokong pemerintah atau pembangkang..... aku suka bagi idea kpd mereka ..... tapi target aku selalu tak lari iaitu utk Islam dan Melayu. tujuan aku kalau boleh kita bersatu dan cari titik pertemuan supaya kita berjalan seiring dgn matlamat yg sama.

Aku masih belum menjawab mengapa aku tidak mahu memegang jawatan dalam politik? mengapa ye ? ....sebabnya ialah aku tak mampu dan tahan akan kerenah politik.

Politik .......

1. Walau sebenar mana pun kita ....tetapi ....

politik tetap politik ..... baik atau tidak baik sesuatu itu mengikut pandangan belah mana kita sokong.

walau belah mana kita pun ....kalau kita yg dipertanggung jawabkan pasti kita akan berusaha untuk buat sebaik mungkin. ........ sebaik mana kita buat pun jika kita ada musuh....musuh kita itu akan katakan ia tidak baik.... ini giliran mereka ...tapi bila tiba masa kita pula nanti ......musuh kita akan cakap benda yg serupa . ...itulah politik...... sebagai contoh di Selangor ...sebaik mana pun si Kalid buat ...ia tetap tidak betui dimana pehak musuhnya...bagitu juga Belanjawan Najib...walaupun belanjawan tersebut baik bagi mereka tapi musuh politiknya tetap kata tidak baik....... itu lah politik.... ingat dunia ini bulat dan berputar ....

2. Bercakap Benar

Jika kita berpolitik setiap kali kita nak bercakap kita kena bercakap mengikut kehendak yg misti selari dgn fahaman politik kita yg kita sokong.....walaupun tidak benar.

3. Sepak terajang Politik

Sudah pasti jika hari ini kita disokong, dibantu, disanjung ........tapi bila hari kejatuhan kita sudah pasti kita juga akan dipancung, dihina walaupun satu masa dulu ia kawan kita.

4. Sokongan kpd Kewangan

Untuk menaiki ketahap lebih tinggi kita memerlukan sokongan ..... walaupun bukan politik wang umno tapi pasti kita kena kempen ...tapi kalau belanja minum pun kita tak mampu ...tok sah cakap sebagai pemimpin. .....kita perlu wang sebenarnya .....nak melawat org sakit kena bawa buah tangan, kena hulur sikit, bagitu juga kalau ada org mati, kelahiran, masaalah banjir dan lain-lain...paling tidaknya duit minyak kereta.

5. Masa

Kita akan bersalah jika kita tidak ada masa untuk melawat org sakit, hadir mesyuarat, tidak datang kenduri , tak datang perasmian dll . Pada halnya dgn keadaan sekarang pun masa kita dah penuh ...waktu tidor kita pun semakin berkurang, waktu berkeluargapun semakin berkurang ....cuma yg kita dapat adalah kuasa, wang, kawan, penghormatan dan kepuasan.

Jika kita tak mampu berbuat diatas ...... janganlah terjun kedalam politik....... jadilah pemimpin NGO yg sentiasa SUKARELA sahaja.........

itulah yg aku jawab kpd mereka.......

kpd mereka yg muda ...masuk lah politik kerana jika pemimpin politik tidak ada dari kalangan yg propesional maka itulah jadinya sekarang ini..........

Comments (0)