ORANG KAMPONG

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , | Posted on Friday, November 7, 2008

Bapa mertuaku baru datang darikampong bersama emak mertua dan dua org anak saudaraku. Jadi tadi kami riuh bersembang tentang banyak perkara. Bapa mertuaku ini memang terkenal dengan rajin bersembang dan banyak cerita. Antara cerita yg menarik ialah tentang nombor ekor.

Ceritanya hampir 50% penduduk kampong nya suka beli no ekor secara sembunyi2. Ramai para isteri tak tau. Paling banyak orang tua . aku sebenarnya cukup heran , pada aku islam lebih diperaktikkan di Kg dari di bandar tapi tekaan aku meleset. Sekarang dibandar2, ditaman perumahan buka seperti dulu, Surau dan Masjid mereka dipenuhi jemaah, pelbagai aktiviti dijalankan.

Aku terkejut di kg rupanya ada yg jauh ketinggalan, taraf ekonomi yg rendah menyebabkan mereka semakin kurang beribadat. Ada kg tu aku lihat suraunya telah lebih 2 tahun tiada org sembahyang pada hal ramai org PAS dan UMNO. tiada aktiviti maulud, sambut awal muharam dll . rupanya judi pun ramai dikalangan org tua yg pakai lebai, skendal sex pun ade ....aku pun naik hairan....

Rupanya kampong pun teruk juga....tapi kalau sembang dan berjumpa nampak cam ok aje... atau lebih teruk dari bandar.

Comments (0)