Pergi Takan Kembali

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , , | Posted on Thursday, August 13, 2009

Pergi takan kembali

Lebihkurang jam 10.30 pagi semalam 13 08 09 Ustaz Asri Vokolis Kumpulan Rabbani terjatuh ketika hendak memulai rakaman rancangan TV di RTM dan telah meninggal dunia...lahir tahun 1969 iaitu berumur 40thn meninggal kerana sakit Jantung , Kencing Manis dan Darah Tinggi. Ia mengejutkan kaum kerabat penashid2 Malaysia.

Takziah kepada keluarganya, Al Fatihah kpd nya dan Semoga ALLAH menempatkanya ketempat yg baik disiNya.

PakYeop terkedu 3 perkara tentang kematiannya :-

1. PakYeop baru perasan rupanya setiap kumpulan nasyib ada seorang anggotanya telah mati
diantaranya Hijjaj dan Raihan dan kini Rabbani.
2. Sekali lagi sakit jantung menamatkan riwayat manusia . Ini sebenarnya AMARAN kpd
PakYeop sendiri supaya hentikan makanan berminyak tu....udang,ketam,sotong hentikan.
3. Lagu yg dia dendangkan "Pergi Takkan Kembali" cukup sesuai dgn kematianya dan org lain
dan lagu inilah yg berkemandang di media eletronik sekarang ini.....

Pakyeop cuma ada sekali shoot gambar dia live kat PICC semasa dia menang lagu nasyid bersama Mawi.

sekian PakYeop Kampo.......

Benarkah MLM cepat jadi KAYA ?

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , | Posted on Wednesday, August 12, 2009



Benarkah MLM cepat jadi KAYA ?

Baru2 ni salah seorang keluarga yeop didatangi oleh seorang cikgu yg menceritakan satu produk kulit yg berkesan tapi mahal sikit. Setelah berkempen dia berjaya meyakin keluarga yeop tu untuk pergi ke sebuah hotel baru di Ipoh utk mendengar ceramahnya . Maka kelam kabutlah malam tu keluarga yeop ke hotel tu.... Malam tu keluarlah beberapa pasangan yg telah kaya yg kononnya mendapat pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan . tersenyum semua peserta membayangkan akan jadi kaya seperti mereka. akhirnya dari pada 10 yg cikgu bawa pada malam tu 8 org setuju masuk nak jadi kaya. Bila masuk untk jadi downline kena bayaran RM6,000.00 , Poster, gambar, handout, banting semua kena beli. Senyum memanjang mengingati akan jadi kaya.

Tapi cikgu tu lagi senyum sebab rupa2nya dia dapat RM1,300/seorang jadi kalau 8 org dia dapat malam tu RM10,400 . Dan rupanya setiap minggu malam khamis tu memang malam utk taklimat tu jadi malam tu lah mereka buat duit kerana cari orang lepas bila dah jadi ahli mereka tawar kita pulak cari orang lain......... Cikgu tu barang belum jual banyak tapi dah dapat berpuluh ribu sebab dapat cari downline jadi bila downline cari orang dia dapat duit lagi....... kata cikgu tu minggu depan dan bawak 1 bus ke KL di hotel goldenhos untuk tujuan yg sama ......

ooo....rupanya ini yg dikatakan MLM ........untung cari orang lebih besar untung jual produk.... Harga produk satu RM95 ........agaknya harga sebenar RM 5 dan yg selebihnya RM90 tu adalah keuntungan yg hendak diberi kepada Up Up line .....yg atas2 tu lah.....

adakah ini tipu secara halus atau tipu terperangkap atau tipu untuk kaya atau memang kita ni org melayu selalu diperdaya oleh bangsa lain untuk kaya cepat.