Sakit

0

Posted by yeopkampo | Posted on Thursday, November 27, 2008

Semalaman aku tak dapat tidor.............aku nak termuntah tapi tak mahu keluar......ditambah dgn pinggang ku yg sakit sejak 2 minggu yg lalu menyebabkan aku rasa terut sakit ku. Tak boleh sedawa , tak mahu kentut dan perut terik dgn angin didalam perutku......aku tak boleh tidor...bila tidor aje macam nak termuntah...... itulah rasa sakit ku....di TV aku lihat CNN ada serangan terhadap Hotel Taz dan Oberoi..........Puak MUhajiidin mengaku melakukannya....jam 2.30 pagi berita mengatakan tebusan dihotel Taj dah terlepas......

Bila sakit selalu terfikir nak mati ke kita......yg kedua kalau aku mati tak rela rasanya bini aku kawin lain..... masa aku sakit .....bini aku yg penyayang mengeluarkan macam2 ubat untuk aku, ubat angin, picit kaki, picit belakang...... ketika manaip ni pun aku masih sakit....

Aku heran ...mengapa kaum seugama dgn ku suka mengebom, suka menculik, pada hal ugama yg ditinggalkan Muhammad cukup cantik.....kaum seugama aku juga suka sangat bergaduh...... bila bercakap dgn org kampong ...meraka akan kata ...itu perancangan Amereka le tu.....

entahlah kebenaranya........

ORANG KAMPONG

0

Posted by yeopkampo | Posted in , , | Posted on Friday, November 7, 2008

Bapa mertuaku baru datang darikampong bersama emak mertua dan dua org anak saudaraku. Jadi tadi kami riuh bersembang tentang banyak perkara. Bapa mertuaku ini memang terkenal dengan rajin bersembang dan banyak cerita. Antara cerita yg menarik ialah tentang nombor ekor.

Ceritanya hampir 50% penduduk kampong nya suka beli no ekor secara sembunyi2. Ramai para isteri tak tau. Paling banyak orang tua . aku sebenarnya cukup heran , pada aku islam lebih diperaktikkan di Kg dari di bandar tapi tekaan aku meleset. Sekarang dibandar2, ditaman perumahan buka seperti dulu, Surau dan Masjid mereka dipenuhi jemaah, pelbagai aktiviti dijalankan.

Aku terkejut di kg rupanya ada yg jauh ketinggalan, taraf ekonomi yg rendah menyebabkan mereka semakin kurang beribadat. Ada kg tu aku lihat suraunya telah lebih 2 tahun tiada org sembahyang pada hal ramai org PAS dan UMNO. tiada aktiviti maulud, sambut awal muharam dll . rupanya judi pun ramai dikalangan org tua yg pakai lebai, skendal sex pun ade ....aku pun naik hairan....

Rupanya kampong pun teruk juga....tapi kalau sembang dan berjumpa nampak cam ok aje... atau lebih teruk dari bandar.

Politik dan Kebenaran ....

0

Posted by yeopkampo | Posted on Wednesday, November 5, 2008

Sambil duduk selepas membantu menyusun kerusi rumah sahabat yg hendak buat kenduri kahwin anaknya ...... aku bersembang dgn kekawan. Kemudian datang 2 orang muda, seorang jurutera yg telah menjadi cikgu dan seorang pegawai bank . Kedua-duanya baru 3thn bekerja selepas keluar U . dalam perbualan tersebut tiba2, cikgu tu menanya aku " mengapa Tuan ........ tak mahu masuk politik" ...rasanya kalau masuk politik dah jauh perginya..... katanya lagi.... aku menghela nafasku... telah banyak kali aku ditanya soalan bagitu ...... aku memegang banyak jawatan tinggi dalam NGO bandar kecil ku.... mungkin sebab itu ramai yg heran mengapa aku tidak mahu memegang jawatan politik . Aku sering membantu ahli politik kerajaan dan pembangkang dan aku seperti lidah bercabang ..... oh tidak.... aku bukan lidah bercabang ... aku hanya membantu... sebab itu kedua2 nya tidak tahu samada aku penyokong pemerintah atau pembangkang..... aku suka bagi idea kpd mereka ..... tapi target aku selalu tak lari iaitu utk Islam dan Melayu. tujuan aku kalau boleh kita bersatu dan cari titik pertemuan supaya kita berjalan seiring dgn matlamat yg sama.

Aku masih belum menjawab mengapa aku tidak mahu memegang jawatan dalam politik? mengapa ye ? ....sebabnya ialah aku tak mampu dan tahan akan kerenah politik.

Politik .......

1. Walau sebenar mana pun kita ....tetapi ....

politik tetap politik ..... baik atau tidak baik sesuatu itu mengikut pandangan belah mana kita sokong.

walau belah mana kita pun ....kalau kita yg dipertanggung jawabkan pasti kita akan berusaha untuk buat sebaik mungkin. ........ sebaik mana kita buat pun jika kita ada musuh....musuh kita itu akan katakan ia tidak baik.... ini giliran mereka ...tapi bila tiba masa kita pula nanti ......musuh kita akan cakap benda yg serupa . ...itulah politik...... sebagai contoh di Selangor ...sebaik mana pun si Kalid buat ...ia tetap tidak betui dimana pehak musuhnya...bagitu juga Belanjawan Najib...walaupun belanjawan tersebut baik bagi mereka tapi musuh politiknya tetap kata tidak baik....... itu lah politik.... ingat dunia ini bulat dan berputar ....

2. Bercakap Benar

Jika kita berpolitik setiap kali kita nak bercakap kita kena bercakap mengikut kehendak yg misti selari dgn fahaman politik kita yg kita sokong.....walaupun tidak benar.

3. Sepak terajang Politik

Sudah pasti jika hari ini kita disokong, dibantu, disanjung ........tapi bila hari kejatuhan kita sudah pasti kita juga akan dipancung, dihina walaupun satu masa dulu ia kawan kita.

4. Sokongan kpd Kewangan

Untuk menaiki ketahap lebih tinggi kita memerlukan sokongan ..... walaupun bukan politik wang umno tapi pasti kita kena kempen ...tapi kalau belanja minum pun kita tak mampu ...tok sah cakap sebagai pemimpin. .....kita perlu wang sebenarnya .....nak melawat org sakit kena bawa buah tangan, kena hulur sikit, bagitu juga kalau ada org mati, kelahiran, masaalah banjir dan lain-lain...paling tidaknya duit minyak kereta.

5. Masa

Kita akan bersalah jika kita tidak ada masa untuk melawat org sakit, hadir mesyuarat, tidak datang kenduri , tak datang perasmian dll . Pada halnya dgn keadaan sekarang pun masa kita dah penuh ...waktu tidor kita pun semakin berkurang, waktu berkeluargapun semakin berkurang ....cuma yg kita dapat adalah kuasa, wang, kawan, penghormatan dan kepuasan.

Jika kita tak mampu berbuat diatas ...... janganlah terjun kedalam politik....... jadilah pemimpin NGO yg sentiasa SUKARELA sahaja.........

itulah yg aku jawab kpd mereka.......

kpd mereka yg muda ...masuk lah politik kerana jika pemimpin politik tidak ada dari kalangan yg propesional maka itulah jadinya sekarang ini..........

VIP2 daerah .................dan pangkat

0

Posted by yeopkampo | Posted on Sunday, November 2, 2008

Kemarin hari sabtu aku pergi kenduri kawin salah seorang kenalan isteri ku dan juga kenalan ku . Disebabkan dia seorang PA kepada DO dan anaknya ADO maka ramailah DO dan ADO serta kakitangan kerajaan datang .... aku datang lambat sebab dah kebiasaan aku datang lambat rumah kenduri kahwin sebab bini aku habis kerja jam 2 petang jadi selalunya bila sampai rumah orang kawin dah dekat 2.30ptg atau 3ptg... selalunya org dah tak ada dan lauk pun tinggal yg terakhir aje...tapi aku tak kesah memang kebiasaan aku..dan aku pernah datng lauk sudah habis...jadi kami hanya bersembang dan kemudian bersalam dgn tuan rumah aje... .........bukan ini yg nak aku ceritakan tapi kesah pangkat .....

Bila aku tiba ditempat kenduri rupanya ramai lagi tapi di meja2 VIP ..... DO baru nak balik... bekas DO, ADo ada yg masih bersembang dan ada yg baru nak berangkat balik. Aku ditempatkan disebuah meja VIP ada sepasang VIP yg sedang makan. Aku dan Isteriku ni bekas kerja kerajaan ...agaknya mereka masih menghormati kami lagi....... ramai yg masih kenal dgn isteri aku...aku memang banyak yg aku tak kenal .... bila duduk aje dimeja tadi tetamu yg makan tadi cukup ramah...macam2 diceritakanya dan dari percakapanya aku tau dia ADO sebuah daerah yg sama dgn kakak pengantin. Macam2 topik kami sembangkan.

Kemudian datang sepasang lagi dan duduk dimeja kami dan dari percakapanya aku tau dia juga ADO kanan didaerah yg sama. kawanya menegor mengapa datang lambat ......dia kata sengaja datang lambat sebab biar org kurang sikit. kami terus bersembang tentah tanah dan keuntungan membuat projek perumahan. Aku sempat berjumpa kenalan2ku semasa lebih 10thn yg lalu ketika sama2 bermesyuarat dan dah banyak yg pencen dan jadi DO dan Yang Dipertua Daerah. Paling aku ingat dgn ado keselamatan dimana kami terpaksa merangkak meredah hutan kerana menyiasat salah satu agama songsang diatas sebuah bukit.

masa balik isteri ku kata " rupanya kita ni bila ada pangkat dgn secara kita tak sedari kita akan meninggikan diri kita" .....hahahahaha aku ketawa...

Pada aku itu adalah salah satu hukum dunia " Bila kita ada Wang atau Pangkat sudah pasti keluakuan kita akan berubah cuma kita aje tak menyedarinya " tak percaya cubalah kita ada wang yg banyak dan ada pangkat yg besor.....